Saturday, March 6, 2010

Tengku Razaleigh stands tall

1) Dalam keadaan politik yang begitu bercelaru dan tidak setabil ini kita perlu membuat perhitungan yang benar-benar selari dengan kehendak negara. Sebagai sebuah negara yang merangkumi berbilang kaum dan budaya serta kepercayaan agamanya kita perlukan seorang pemimpin yang berfikiran dengan cara yang sesuai dam diterima semua.

2) Lantasan kita tidak boleh menafikan apa yang berlaku kini ialah kerana kepimpinan yang kurang matang dan kurang pedoman untuk mentadbir negara mengikut acuan yang sepatutnya.

3) Presiden UMNO yang dipilih selama ini mengikut ‘conventionnya’ menjadi Perdana Menteri, maka sudah menjadi kemestian UMNO mesti memilih Presiden yang boleh bukan sahaja memimpin UMNO tetapi memimpin semua rakyat berbilang kaum tetapi sejak pentadbiran Dr Mahathir negara tidak ada lagi kepimpinan yang viable kerana beliau (Dr Mahathir) telah mengenepikan semua pemimpin berkelibar disisinya. Selepas era Dr Mahathir negara menghadapi kekosongan kepimpinan hinggalah kehari ini.

4) Daripada awalnya UMNO tidak mempunyai masalah untuk menunjolkan pemimpin yang berkemampuan kerana Tunku Abdul Rahman memang dari awal lagi sudah ada pengganti beliau yang bertenaga bkan sahaja untuk memimpin tetapi untuk memenuhi aspirasi rakyat berbilang kaum sambil memenuhi keperluan setiap kaum dalam mencapai keharmonian hidup diantara satu dengan yang lain.

5) Dibawah pentadbiran Tun Razak itu kita mengalami situasi yang mana rakyat merasakan bagaimana hampirnya hati dan nurani seorang pemimpin kepada mereka kerana mereka melihat bagaimana Tun Razak berkorban segala-galanya untuk mereka.

6) Segala dasar dan perlaksanaannya dikawal rapid dan sempurna semata-mata untuk mempastikan rakyat benar-benar merasakan nikmat kehidupan bernegara dibawah pimpinan beliau. Semasa pentadbiran beliaulah asas kemakmuran negara mula berputik. Walaupun beliau bukan seorang ekonomis dan teknorat tetapi beliau bijak melakukan sesuatu untuk melakukan usaha yang memerlukan kepakaran teknorat dan professionalisma.

7) Beliau dari awal telah membawa kepesada politik tanahair seorang teknokrat yang bernama Tengku Razaleigh Hamzah (TRH) dan dari awal enam puluhan Tunku dan Tun Razak telah mendidik dan menaruhkan harapan masa depan negara untuk membina asas ekonomi negara yang kukuh untuk jangka masa panjang kepada anak Raja yang berjiwa rakyat ini.

8) Sebagai ketua parti UMNO yang berjuang untuk bangsanya Tun Razak hanya perlu menzahirkan pemikiran untuk membentuk dasar kerajaan dan apabila dasar itu dipersetujui beliau terus sahaja meminta pemimpin yang berkemampuan untuk melaksanakan dasar yang beliau telah luluskan untuk dilaksanakan.

9) Maka pilihan beliau ialah Tengku Razaleigh Hamzah (TRH) yang juga mempunyai sifat kasihkan rakyat yang sepenuhnya. TRH telah diamanahkan untuk menubuhkan serta membina Syarikat Petrolium Nasional dan TRH telah menyediakan segala asas industri petroleum negara dengan mempastikan ianya dinikmati oleh rakyat yang empunya kekayaan petroleum tersebut.

10) Usaha TRH menubuhkan PETRONAS ini merupakan kesenambungan kepada kepada pengorbanan beliau bekerja tanpa dibayar gaji dan imbuhan kewangan dan segala-galanya dilakukan beliau secara percuma. Sebelum itu beliau telah diarahkan untuk membina PERNAS serta Bank Bumiputra juga tanpa bayaran dan imbuhan walau sedikit pun.

11) TRH terpaksa menolak permintaan Tun Razak untuk menyertai Kabinet Persekutuan kerana ingin menumpukan masa dan tenaga untuk mempastikan PETRONAS diurus dan indusri petroleum negara diselengara dengan baik walaupun beliau dalam masa yang sama adalah Naib Presiden UMNO.

12) Untuk memberikan penghormatan kepada anak muda ini semasa itu Tun Razak telah menjadikan TRH sebagai Pengerusi PETRONAS yang bertaraf Menteri.

13) Beliau hanya menyertai Kabinet semasa Husein Onn mengambil alih tampuk Kerajaan setelah pemergian Tun Razak kerahmatullah pada Januari 1976 dan semasa menjadi Menteri Kewangan itu TRH telah membentuk dasar serta perlaksanaannya dengan begitu pesat yang kesemuanya dipantau oleh ICU (Implementation coordination unit) dijabatan Perdana Menteri.

14)TRH yang begitu ‘engrossed’ dengan perlaksanaan DEB, menumpukan sepenuh masa untuk menyaksikan process ‘re-engineering’ struktur ekonomi negara sebagai yang dikehendakki oleh DEB memahami sepenuhnya masalah-masalah yang wujud terutamanya dikalangan arang Melayu dan Bumiputra yang masih jauh ketinggalan dalam berbagai bidang kehidupan

15) TRH telah menubuhkan bermacam-macam agensi yang menjadi pemegang amanah kepada orang Melayu dan Bumiputra dan dalam masa yang sama TRH ingin melihat segala kekayaan yang dipegang oleh agensi-agensi amanah ini kepada orang Melayu dan Bumiputra.

16) Tetapi jika diberikan secara terus kelemahan Bumiputra dalam bidang ini memungkinkan harta serta saham-saham yang diberikan itu dijual dipasaran dan akan gagallah usaha untuk membina orang Melayu dan Bumiputra untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum bukan Bumiputra dalam pemegangan kekayaan ini.

17) Untuk penyelesaiannya beliau bersama-sama dengan rakan-rakan didalam Jawantankuasa Penyelaras Pelaburan Kabinet (JPP) yang bersama-sama dianggotai oleh Abdul Manan, Othman dan beberapa Ahli Jemaah Kabinet semasa itu telah menubukan Permodalan Nasioanal Berhad (PNB) dengan sebuah lagi syarikat pengurus saham amanah yang dinamakan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

18) TRH telah membuat perancangan rapi dalam dalam process memindahkan harta kekayaan kepada Bumiputra secara terus maka segala syarikat-syarikat yang berdaya maju yang dipegang oleh kerajaan telah dipindahkan kePNB dan PNB seterusnya telah memindahkan kepada ASNB untuk dipecah-pecah kepada bentuk Saham Amanah dan dimasukkan kedalam potfolio yang besar iaitu Sekim Amanah Saham dan diurus dan di tadbir oleh ASNB.

19) Apabila pelancaran Sekimitu dilakukan orang Melayu dan Bumiputra yang berkelayakkan telah menikmati keuntungan dan rami telah melakukan ‘redemption dan meraih keuntungan besar oleh rakyat jelata secara terus.

20) Penjualan balik unit-unit ini untuk meraih keuntungan tidak menjejaskan pegangan Bumiputra disektor syarikat kerana unit-unit tersebut dijual kepada ASNB. Itulah sebabnya TRH merupakan seorang ‘master planner’ bagi menjayakan usaha membina Bumiputra untuk keluar dari kepompong kehidupan yang ‘conventional’ kepada cara penghidupan moden seperti yang diarah oleh Tun Razak untuk beliau lakukan.

21) Jika dilihat TRH merupakan seorang teknokrat yang berupaya membina bangsanya serta tidak mengabaikan bangsa-bangsa lain begi menuju kearah penghidupan yang bergerak maju tanpa meninggalkan nilai-nilai mualia yang menjadi ‘attribute’ kepada bangsa Melayu yang memerlukan [embelaan.

22) Apa-apa yang dilakukan oleh TRH sentiasa ada nilai murni kehidupan manusia yang bermentalitikan pemikiran Melayu yang dihormati dan beliau tidak pernah dan bersetuju untuk melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan identiti Melayu yang sebenar.

23) Semasa beliau diberikan tanggung jawab untuk membina asas ekonomi negara penglebaran kelas menegah dikalangan orang Melayu amat nyata kerana TRH mempercayai jika komponen penduduk yang mempunyai kelas mengah yang besar maka negara itu akan mengami kesetabilan dalam semua bidang kenegaraan.

24) Malangnya kecemerlangan TRH dalam membina negara rupa-rupanya dicemburui oleh setngah pemimpin UMNO yang hanya pandai bercakap dan bermain politik peribadi.

25) Hasilnya TRH telah diketepikan dengan begitu sistematik oleh pihak-pihak yang mempunayai perasaan rendah diri yang hanya mampu untuk membunuh karier politik pemimpin teknokrat yang amat diperlukan negara.

26) Kumpulan yang cemburukan kejayaan TRH telah dalam senyap-senyap mencari jalan untuk melakukan ‘circumvention’ terhadap kemajuan TRH secara politik yang amat ternoda.

27) Teringat pula kepada satu kata-kata hikamah dalam bahasa Inggeris. ‘When a true genius appears in the world, you may know him by this sign that the dunces are all in confederacy against him’

28) Tetapi apa pun yang telah dilakukan secara kotor kepada TRH, beliau tetap menjadi insan yang bernilai kepada negara dan dalam keadaan negara yang berkecamuk dengan kemelut politik, ekonomi dan isu kenegaraan inasan yang bernama Tengku Razaleigh Hamzah tetap unggul berdiri dan duduk lebih tinggi dari semua pemimpin yang sedang menerajui sebuah negara yang dalam kegeringan ini.

29) Penulis tetap yakin hanya TRH seorang yang masih hidup dengan tahap kesihatan yang baik mampu untuk menjadi resepi kepada negara yang maju dan setabil

30) ‘Now he stands tall over everybody and he is just fitting in to the actual need of the currently sick nation.’

Salam sejahtera untuk semua.


Forwardlooking.

4 comments:

Anonymous said...

Tengku has now become an institution and I agree to massive opinion on the ground that he deserves recognition and allow him to restructure our nation which UMNO leaders have failed flawlessly to manage this country.

Do consider the option of getting him to lead us all.

iskandar

ibrahim said...

asas kepada kemajuan negara memang KU Li yang melakukannya.

dia merupakan de facto pm semasa husein onn dan sebagai salah seorang yg bekerja diwaha beliau semasa itu saya mengakui beliau merupakan seorang yang belum lagi dapat disaingi ileh mana-mana pemimpin dalam hal 'planning' untuk pembangunan negara.

sebenarnya mahathir memang nak bunuh karier politik Ku Li dari awal lagi.

Anonymous said...

TRazaleigh, memang menjadi org yang dicemburui oleh ramai pemimpin UMNO kerana penerimaan masyarakat Malaysia dan antarabangsa semasa beliau mengendalikan ekonomi negara dulu.
Ramai yg tidak tahu populariti TR bukan kepalang besarnya sehimgga beliau merupakan orang yang petama dan terakhir yang dipilih menjadi Pengerusi Bank Dunia dari luar Amerika Syarikat.
Disamping itu beliau juga dipilih menjadi Pengerusi ADB, IDB dan IMF.
Rekod dunia yg dipegang oleh TR ini lah yang membeuatkan ada orang yg cemburu.

Say ucapkan tahniah kepada penulis kerana berkata-kata yg benar.

AhnadDaud

Anonymous said...

I believe he is the lone personality that can be trusted.

Let us own him and make him our leader


jeffry